Forum Memperkasa Budaya Membaca Belia 2009
Peraduan Forum Memperkasa Budaya Membaca Belia 2009 yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka Negara Brunei Darussalam bakal dipertandingkan di Studio Radio Televisyen Brunei pada 3 December 2009. Tema pada tahun ini menjurus kepada memupuk sikap membaca di kalangan belia dengan temanya “Membaca Nadi Kejayaan Bangsa”.
Kelmarin, pada jam 1.30 hingga 3.00 petang, yang bertempat di Perpustakaan Kampong Pandan telah diadakan sesi orentasi bagi pelajar-pelajar dari dua buah sekolah Daerah Belait iaitu Maktab Anthony Abel (AAC) dan Sekolah Vokasional Sultan Bolkiah, Seria.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh pegawai Dewan Bahasa Dan Pustaka,Yang Mulia Haji Kifli bin Haji Md. Zain. Majlis diselajurkan dengan kata-kata pembukaan oleh dua lagi pegawai DBP, Yang Mulia Haji Pawi bin Haji Tajuddin dan Yang Mulia Sarinah binti Haji Salleh.

Pegawai-pegawai dari DBP

Guru-guru sekolah yang berkenaan

Sesi perbincangan

Para panelis sedang menanti kedatangan pelajar

Jamuan yang dihidangkan

Semasa sesi bual bicara diadakan, pelbagai soalan telah dibangkitkan agar para peserta forum tersebut memahami tatacara forum tersebut bakal dikendalikan. Antara tajuk-tajuk yang dikemukakan oleh peserta ialah cara permarkahan, cara persembahan serta tajuk-tajuk yang bakal diperdebatkan.
Para peserta yang bakal memenangi peraduan forum ini akan menerima hadiah-hadiah seperti berikut:
- Juara: $600.00 wang tunai berserta plak dan sijil
- Tempat Kedua: $500.00 wang tunai berserta plak dan sijil
- Tempat Ketiga: $400.00 wang tunai berserta plak dan sijil
- Tempat Keempat dan Kelima: $200.00 wang tunai berserta plak dan sijil
- Tempat Keenam hingga Kesepuluh: Plak dan sijil sahaja.
Pemarkahan akan dibuat seperti yang berikut:
- 30% bagi kelancaran/kefasihan
- 30% bagi gaya persembahan
- 40% bagi isi-isi
Menurut salah seorang peserta, Md. Firas bin Kalong/Ibrahim, dia menyatakan perasaan gembira kerana dapat mengikuti peraduan forum ini. Menurutnya lagi, forum pada tahun lalu telah diadakan di Dewan Maktab Anthony Abel dan pada tahun ini pula diadakan di Radio Televisyen Brunei.
Comments are closed.















